Pages

Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, December 21, 2009

.::Mencari Khabar IMAN::.


DiHening subuh aku terjaga...

Aku meraba-raba mencari jam..

Ooo..jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi rupanya…

Keadaan di asrama mmg sunyi sepi pada waktu itu…

Maklumlah tinggal form 5 je yg tinggal kat asrama nie,

budak-budak yang duk asrama nie kadang-

Kadang lepas azan SUBUH baru bangun…

Tiba-tiba Zainul memasang lagu Di Hening Malam…

Kalau x silap lagu die camni :


“Bangunlah insan bangunlah,

Buangkanlah selimutmu,

Sucikan badanmu dan pakaianmu,
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu,
Panjatkanlah doa,
Pohonkan ampunan dari-Nya,

Agar bersih hatimu dan juga akalmu…”


Punyala kuat die pasang…tu pun budak2 x bngun lagi…

Aku pun terus la pergi siapkan diri…..

Dalam perjalanan ke musolla aku berjalan seo

rang diri…

Memerhatikan alam ciptaan tuhan di hening malam ini…

Sungguh sunyi dan bintang2 masih bekerlipan di langit…

Keadaan di musolla mmg gelap gelita @ sunyi sepi…


Aku terus masuk dan duduk di penjuru musolla…

Tiba-tiba hatiku terdetik…


Dihening subuh aku terjaga. Hatiku berbicara apa khabar IMANku hari ini.

Hatiku yang lara memberitahu IMANku kini di ambang kelemahan, kerana

Nafsu menguasai diri IMANku menangis sendiri.


Mengenangkan diri yang telah hanyut…Dibuai kesesatan…

Dihening subuh aku tersentak dari lamunan mimpi yang membuaiku.

Hatiku menangis sendiri mengenang titik dosa yang menghitam.

“Astaghfirullahala’zim”..spontan lidahku menyebut nama ilahi

Memohon keampunan dari seksaan neraka berapi.


Lantas sejadah kubentang menghadap kiblat, solat sunat dua rakaat

Kukerjakan, doa nasuha kuhimpunkan moga taubat diterima ilahi.


Hatiku berbicara lagi, apa khabar IMANku hari ini?

IMANku menjawab gandakanlah amalan, berdoa dan bertawakallah

Nescaya ‘nur’hidayah makin terasa, semoga jauh dari segala kejahilan.


Tundukku Malu Didepanmu,
Kernaku Insan Berdosa,
Kuadukan Sesalanku,
Apakah Kan Kau Terima,


Wahai Teman,

Ingatlah,

Dirimu bak sebuah perahu

Muatannya bak imanmu

Layarnya bak usahamu

Yang tidak berpanjangan…


Wednesday, June 10, 2009

~Cantik Seorang Wanita~


Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.

Cantik seorang wanita itu sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa
tidak
kerana bijak merun
tuh iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu sebagai anak
tidak
menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seo
rang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjau
hi persekongkolan ipar lamai.

Cantik seorang wanita itu sebagai ibu
membuai
anak di kala suami menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu sebagai mentua
telus
hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu sebagai nenek

menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara.


Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua

menghitung ha
ri dengan selembar mashaf.

Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis.


Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah

mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah