Pages

Wednesday, June 10, 2009

~Cantik Seorang Wanita~


Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.

Cantik seorang wanita itu sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa
tidak
kerana bijak merun
tuh iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu sebagai anak
tidak
menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seo
rang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjau
hi persekongkolan ipar lamai.

Cantik seorang wanita itu sebagai ibu
membuai
anak di kala suami menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu sebagai mentua
telus
hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu sebagai nenek

menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara.


Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua

menghitung ha
ri dengan selembar mashaf.

Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis.


Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah

mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

No comments: