Pages

Tuesday, June 9, 2009

DULU DAN SEKARANG


Zaman sekolah ber 'ana-enti', Sekarang hilang diterbangkan angin; 'Aku-engkau' jadi pengganti, "Ana rindulah sama ............ "

Bertudung labuh ayu sentiasa,
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang n
i gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin
berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar

Dulu cakap dengan laki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar dengan buah hati,(especially kat Friendster)
"rasa malu tu campak pergi Thailand ka?"


Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, ta
kut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran bagaikan nak gila
Sekarang Quran kumpul habuk saja,
"Alah. Aku banyak kerja lain lah..."


Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati
Tapi sayang keb
anyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati

Orang cakap budak ......... berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.
Bila d
itegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu Kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?


Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah lah kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat?"

Itulah realiti budak sekolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja,
"Tak sesuai lah semua-semua ni kat luar!"

kasihan ustaz mengajar kita,
kasihan mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
kerana saya juga insan penuh dosa.

Waallahua'lam. ..

No comments: