Pages

Friday, December 24, 2010

S angka B uruk .



jgan marah orang lain sangka buruk
ngan kita,

klu kite sendiri yg menjemput
sangka buruk itu dtg. =)

Wednesday, December 1, 2010

manisnya.mendapat.petunjukMu.

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

korg penah dgr lagu Maher zain tak ??
mesti da naik boring kan . haha .

kat sini aku nk kongsi ngn korag satu video ni...
video Maher zain la...

tak tahu la kenape . mula2 dgr cam biase je .
tpi bile tgk video tu..aku tertarik sampai satu 'part' tu...

dalam part tu... ade sorg mat saleh... cter pasal die msuk islam...
fuhh...mmg buat aku kagum...

Subhanallah...bile tgk tenang je perasaan...
sampai tak boleh nak tulis kat sini...

korang tgk la sendiri... name orang ni RUBBEN (ABU BAKR)












video ni aku 'embed' dri Facebook Pertubuhan IKRAM Malaysia...

Firman allah dlm surah al-A'raf ayat 178, maksudnya :
" Barangsiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka ialah yg mendapat petunjuk & sesiapa yg disesatkan oleh Allah maka mereka itulah orang2 yg rugi".


Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan yg sentiasa mendapat petunjukMu.
Ameen..

“Dia menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk istirehat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.” (al-An’am: 96 – 97)
bwah ni pulak video asal...hanyati ia!..





Firman Allah :

"(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim." (Al-Ankabut 29:49)

wallahualam...

sekian!^^

p/s : bersamalah2 kita mengambil pengajaran. ramai org bukn islam msuk islam . dan ramai juge org islam ......(anda thu jawapannya)...ingat "Nak jadi baik mmg sng, nak maintan kebaikan mmg susah"

Allah...
you created everything...
We belong to You...
ya Robb we raise our hands...
forever we thank you..
Alhamdulillah...

Sunday, September 5, 2010

manusia.Pencipta

...Jangan difikir derita akan berpanjangan

kelak akan membawa putus asa pada tuhan

ingatlah biasanya kabus tak berpanjagan

setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...


begitulah kehidupan kita seharian
ada susah ade senang

adakalanya pabila kita senang
adakah kita akan ingat Pencipta kita??

dan apabila kita susah
pasti kita akan mencari-cari pertolonganNya

kadangkala jika ditimpa musibah
kita merasakan diri kita sahaja
yang bernasib malang...

la tahzan...
semua itu adalah dugaan dan ujian yang mungkin
akan memberikan kebaikan kepada kita..

Ingatlah!
bahawa ALLAH tidak akan membebani ni
hambanya diluar kekuatan seseorang itu.

...salam ramadhan...
bersama2 membuat amal di
sepuluh malam terakhir...


Monday, August 23, 2010

mencari.jawapan

entah kenapa tetiba aku nk share something . 

semalam lepas abis kelas aku terus la balik kolej

pastu ade terbaca artikel yg bertajuk

"Enam soalan imam Al-Ghazali kepada Muridnya"

mcm menarik je bunyinye.. jadi aku pun baca smpai syok sendiri (SS) .

soalanya berbunyi camnie...:

yang pertama

apa yg pling dekat dgn dri kita kat dunia ni ?

yg kedua

apa yg pling jauh dari diri kita di dunia ni ?

yg ketiga

apa yg paling besar di dunia ni ?

yg keempat

ape yg pling berat di dunia ni ?

yg kelima

apa yg pling ringan di dunia ini ?

dan soalan yg terakhir imam Al-Ghazali

apa yg pling tajam kat dunia ?

jwpn yg diberi oleh anak muridnya semua betul..
cuma xtepat ..

p/s : kepada sesape yg baca @ terbaca cuba korg jwb soalan ni . 
walaupun soalan ni nmpk mcm mudah je kan ?

pada mulanya aku pun try jawab . tpi ade gak la yg kena . 
zasss~


Sunday, August 22, 2010

.....

Tiddak ade yg lebih berharga selain drpd redhaNya
Tidak ade lebih Bahagia selain drpd CintaNya
Tidak ade yg lebih bermakna dalam kehidupan di dunia ini
selain Hidayah jua pimpinanNya
Saidina Umar Al-Khatab :
"tidak akn kamu berase gundah walau sekali,
jika kamu tahu ape yang dicari"

Sunday, June 6, 2010

Aku Pun Malas!

kenapa aku malas blogging?
kerana lebih baik aku berjogging
bukak blog sape nk watching
keinsafan? cam aku je yg touching

kenapa aku malas blogging?
kerana post aku pening pening
pengisian macam xde lining
buat susah aku je typing

kenapa aku malas blogging?
kerana tiada sebarang meaning
ushalah blog mereka yg striving
dhlah aku nk off lining ~

ada masa n timing
aku akan teruskan blogging
dlm berblog aku studying
dlm berblog aku monologing
dan ilmu2 aku digging

nantikan ~ du'at cyber 92
ilalliqa'

syukran,
Uwais Al-Qarni
JORDAN'10-14
"Bersihkan Hati Sebelum Tunjuk Teladan Yang Baik"

Friday, April 2, 2010

April Bodoh!?

Utk renungan dan pengajaran semua..
 
 
Assalamualaikum..
 
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan
bersama.
 
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan
budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.
 
Kepala  mereka  penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.

Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar
merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat
muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
 
Bagaimanapun,  tanpa  mereka  sedari,  kadang  kala lawak-lawak biasa atau

'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan
penyesalan berpanjangan.
 
Sewaktu   zaman   persekolahan   dahulu,  penulis pernah  terbaca  tentang suatu  

terjadi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama,
telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat
untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung
apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'.
Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak
yang dilafazkan telah pun jatuh!!!
 
Berbalik  kepada  perayaan  April  Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia
mula  dirayakan  sewaktu  kejatuhan  kerajaan  Islam di  Sepanyol. Setelah
bertapak  berkurun-kurun  lamanya  si  Granada, Sepanyol,  kerajaan  Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di  Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk
menyelamatkan  diri. 


Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha
untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar
dari  Sepanyol  dengan  selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan  menggunakan  kapal-kapal  yang  berlabuh di perlabuhan. Orang-orang
Muslim yang risau sekiranya  tawaran  tersebut merupakan   suatu penipuan,
telah  pergi ke perlabuhan  untuk  melihat kapal-kapal  yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati,  mereka  membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka  mengambil  semua  barangan yang  telah disiapkan
lalu  menuju ke perlabuhan.
 
Pada  masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan
kemudian  membakar  rumah  penduduk-  penduduk Islam ini. Mereka juga tidak

sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta
anak-anak kecil.
 
Peristiwa berdarah  yang  menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol

tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil
mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka
sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam
mereka sendiri.
 
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
 
Petikan  drpd  Risalah  Fikrah  -  Peliharalah Allah,  nescaya  Allah akan
memelihara kamu ......rawahu ttirmizi


Illal Liqaq



p/s : lain pula citernye di SMKAKS...=S