Pages

Sunday, June 6, 2010

Aku Pun Malas!

kenapa aku malas blogging?
kerana lebih baik aku berjogging
bukak blog sape nk watching
keinsafan? cam aku je yg touching

kenapa aku malas blogging?
kerana post aku pening pening
pengisian macam xde lining
buat susah aku je typing

kenapa aku malas blogging?
kerana tiada sebarang meaning
ushalah blog mereka yg striving
dhlah aku nk off lining ~

ada masa n timing
aku akan teruskan blogging
dlm berblog aku studying
dlm berblog aku monologing
dan ilmu2 aku digging

nantikan ~ du'at cyber 92
ilalliqa'

syukran,
Uwais Al-Qarni
JORDAN'10-14
"Bersihkan Hati Sebelum Tunjuk Teladan Yang Baik"

Friday, April 2, 2010

April Bodoh!?

Utk renungan dan pengajaran semua..
 
 
Assalamualaikum..
 
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan
bersama.
 
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan
budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.
 
Kepala  mereka  penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.

Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar
merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat
muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
 
Bagaimanapun,  tanpa  mereka  sedari,  kadang  kala lawak-lawak biasa atau

'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan
penyesalan berpanjangan.
 
Sewaktu   zaman   persekolahan   dahulu,  penulis pernah  terbaca  tentang suatu  

terjadi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama,
telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat
untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung
apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'.
Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak
yang dilafazkan telah pun jatuh!!!
 
Berbalik  kepada  perayaan  April  Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia
mula  dirayakan  sewaktu  kejatuhan  kerajaan  Islam di  Sepanyol. Setelah
bertapak  berkurun-kurun  lamanya  si  Granada, Sepanyol,  kerajaan  Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di  Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk
menyelamatkan  diri. 


Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha
untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar
dari  Sepanyol  dengan  selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan  menggunakan  kapal-kapal  yang  berlabuh di perlabuhan. Orang-orang
Muslim yang risau sekiranya  tawaran  tersebut merupakan   suatu penipuan,
telah  pergi ke perlabuhan  untuk  melihat kapal-kapal  yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati,  mereka  membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka  mengambil  semua  barangan yang  telah disiapkan
lalu  menuju ke perlabuhan.
 
Pada  masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan
kemudian  membakar  rumah  penduduk-  penduduk Islam ini. Mereka juga tidak

sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta
anak-anak kecil.
 
Peristiwa berdarah  yang  menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol

tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil
mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka
sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam
mereka sendiri.
 
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
 
Petikan  drpd  Risalah  Fikrah  -  Peliharalah Allah,  nescaya  Allah akan
memelihara kamu ......rawahu ttirmizi


Illal Liqaq



p/s : lain pula citernye di SMKAKS...=S

Monday, March 8, 2010

Hidangan yang Menjadi Rebutan!

Salamullahia'leykum..

Entry kali ini ana ingin berkongsi ilmu dari ape yg ana dpt semasa menyertai program ISK, bersama Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi di Masjid As-syakirin Kuala Lumpur...

...............................................................................................................

Umat Islam Jadi Rebutan

Pada masa Nabi Muhammad SAW, umat Islam dalam keadaan yang baik, kerana pada waktu itu persatuan dan kesatuan umat Islam masih utuh. Pada waktu itu hubungan antara Nabi sebagai pemimpin dengan sahabat sebagai yang dipimpin menunjukkan keserasian, sejajar dengan tuntutan agama yang dibawa oleh Nabi. Dengan akidah yang kuat dan tujuan yang sama iaitu menegakkan kalimah-kalimah Allah di muka bumi ini, maka kesatuan dan persatuan mereka makin hari makin kuat hingga tercapailah kegemilangan Islam. Namun pada saat itu Nabi Muhammad saw sudah memberi peringatan kepada sahabatnya tentang keadaan umat Islam di akhir zaman. Umat Islam akan dijadikan rebutan oleh orang-orang selain Islam.

Sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud: "Akan datang suatu masa, umat lain akan memperebutkan kamu, ibarat orang-orang yang lapar merebutkan makanan dalam hidangan." Sahabat menanyakan: "Apakah lantaran pada waktu itu jumlah kami hanya sedikit, Ya Rasulullah?" Dijawab oleh baginda: "Bukan, bahkan sesungguhnya jumlah kamu pada waktu itu banyak, tetapi kualiti kamu ibarat buih yang terapung-apung diatas air. Dan dalam jiwamu tertanam kelemahan jiwa." Sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan dengan kelemahan jiwa Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu cinta dunia dan takut mati."
(Riwayat Abu Daud)

Sesungguhnya tepat isyarat Nabi Muhammad saw itu, pada akhir zaman nanti umat Islam akan mengalami perubahan. Kualiti umat akan menurun secara drastik, persatuan dan kesatuannya akan pudar. Umat lain akan datang dan berebut dan memanfaatkan. Ibarat makanan yang menjadi santapan orang-orang yang lapar, dan ibarat buih yang terapung di atas air yang membawanya. Dalam sabda baginda disebutkan, bahawa penyebab utama umat Islam kualitinya menurun adalah "hubbud dunia dan karahiyatul maut" iaitu cinta dunia dan takut mati.

...............................................................................................................................

CINTA DUNIA

Di antara penyakit jiwa yang dapat melumpuhkan kekuatan Islam adalah ‘cinta dunia’.Kerana sudah dihinggapi penyakit cinta dunia, maka semua usaha dan keinginannya dipusatkan untuk mencapai kesenangan dunia semata-mata. Semua usahanya diperhitungkan dengan keuntungan dunia, sekalipun usaha itu merugikan orang lain. Lantaran itu semangat perjuangannya makin hari makin menurun, bahkan rasa untuk membela keagungan Islam sudah tidak ada lagi.

Penyebaran Islam sentiasa diukur dengan material, bila menguntungkan mereka akan berjuang dan bila dirasakan merugikan, mereka akan diam sahaja. Mereka bukan sekadar cinta, malah sebenarnya mereka rakus dengan dunia. Memang dunia ini mengaburkan mata, maka ramailah manusia yang terperangkap di dalamnya. Ramai manusia silau dengan keindahan dunia fana sehingga tidak dapat membezakan yang halal haram dan antara yang baik dan yang berbahaya. Dalam suatu hadis Nabi bersabda: "Sesungguhnya dunia itu manis, yang hijau (baik dipandang), dan sesungguhnya Allah itu menjadikan kamu sebagai khalifah (untuk mengatur) didalamnya. Allah akan melihat apa yang kamu kerjakan, maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita, sesungguhnya fitnah pertama yang melanda bani Israel adalah wanita."
(Riwayat Muslim)

Apabila umat Islam sudah mengagungkan dunia, enggan dengan perjuangan Islam dan tidak lagi berani menganjurkan yang baik serta enggan melarang yang mungkar, maka Allah akan mencabut kebesaran Islam dari permukaan bumi ini dan akan mencabut keberkatan wahyu. Sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah saw:

"Apabila umatku mengagungkan dunia, maka dicabutlah kehebatan Islam darinya. Dan apabila meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka terdindinglah kebenaran wahyu."
(Riwayat Termizi)

...........................................................................................................

TAKUT MATI

Mengapa takut pada mati? Padahal semua yang hidup pasti akan merasakan mati. Takut mati termasuk salah satu di antara penyakit umat Islam dalam perjuangannya. Sebab takut mati, dalam perjuangan diliputi rasa kekhuatiran akan terkena risiko, khuatir terkena luka dan sebagainya. Mereka akan berjuang jika tiada risiko yang menimpa, asalkan dirinya selamat. Untuk menyelamatkan diri, dalam perjuangan Islam, mereka boleh membolak-balikkan kenyataan. Yang hak dikatakan batil, yang batil dikatakan hak. Yang halal dikatakan haram, yang haram dikatakan halal. Kerana takut mati dan takut menanggung risiko, sebelum berjuang sudah diselubungi rasa was-was. Mereka ini telah kalah sebelum bertanding.

Akibatnya, perjuangan Islam akan lumpuh dan umat Islam akan mudah diperdaya oleh orang lain. Untuk mengembalikan citra Islam dan umat Islam tegak di muka bumi ini, Islam wajib berada di atas segala-galanya. Bila Islam tidak boleh dikalahkan orang lain, maka penyakit ’cinta dunia dan takut mati’ akan segera diubati. Siapa yang akan mahu mengubati penyakit itu kalau tidak dari umat Islam sendiri. Orang lain akan tertawa melihat umat Islam dirundung kelemahan, ditimpa kehinaan dan diporak-perandakan persatuannya. Untuk mengubati penyakit ‘cinta dunia dan takut mati’ agar umat Islam tidak ditimpa kehinaan, maka kembalilah kepada konsep Islam itu sendiri. Jalinlah hubungan yang baik sesama manusia sebagaimana firman Allah,

"Ditimpakan atas mereka kehinaan, di mana saja mereka berada, melainkan (mereka) yang menjalin hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia"

(Surah Ali-Imran:112)

Dalam menjalin hubungan yang baik dengan Allah, Nabi Muhammad saw telah memberikan petunjuk dan bimbingan iaitu dengan memusatkan beribadah kepadaNya, "Bahawa kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu itu melihatnya. Dan jika kamu tidak melihatNya maka Allah melihat kamu."
(Riwayat Muslim)

Dan untuk menjalin hubungan dengan seseorang manusia, maka buatlah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan manusia yang lain. Sebagaimana petunjuk dari Nabi Muhammad saw.

"Sebaik-baik manusia itu ialah orang yang paling bermanfaat untuk manusia.”

Dari Abdullah bin Amir R.A, Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sampaiknlah PesanKu Biarpun Satu ayat.. "

Wallahu'alam...





Wednesday, March 3, 2010

Manusia Kalkatu??

Bismillahirahmanirahim...
salam...
pada entry kali ni ana ingin berkongsi dgn ANTAorang semua pasal perkara yg berlaku di sekliling kita...
sejak akhir2 ini, ana sering melihat telatah manusia yg...(nnti ANTAorg semua phm ler)


Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.

Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.


وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Maksud : Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(Al-Baqarah - 195)

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُواْ عَنْهَا لاَ تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاء وَلاَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ
Maksud : Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.
(Al-A'raf - 40)


wallahualam...


Thursday, February 25, 2010

Rasulullah SAW Di Rumah Kita

"salam'aleykum..."

sempena Maulidur Rasul ana ingin berkongsi sedikit TAZKIRAH untuk di kongsi BERsama...


Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita.Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih bercahaya dimuka pintu rumah kita.Apa yang akan kita lakukan?Mestinya kita akan sangat berbahagia,memeluk baginda erat-erat dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita.Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat2 agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.Baginda tentu tersenyum.....


Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.Baginda tentu tetap tersenyum.....


Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya di ruang tamu.Baginda tentu tersenyum lagi.....


Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita?Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikit pun sejarah& nama2 keluarga Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai dlm mengajari anak-anak kita.Beliau tentu tersenyum.....


Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya,tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers,Penyu Ninja ataupun nama ahli2 band muzik t`kenal indonesia.Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat.Barangkali kita teringat bahawa perempuan2 dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.Baginda tentu tersenyum.....


Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak- anak kita..Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak- anak kita..Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak- anak kita..Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.Beliau tentu tersenyum.....


Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib,keluarga kita sudah sibuk di depan TV.Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat aptah lg berjemaah.Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran.Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.Beliau tentu tersenyum.....


Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari melewati di depan rumah kita.Dan kita pun t`kulat2 tanpa jwpan…Inikah KITA?umat yg amat disayangi Nabi s.a.w..?tapi..apa yg telah kita lakukan?FIKIR2KANLAH..RENUNG2KANLAH..


SALAM MAULIDUR RASUL


"Sesungguhnya org yg palig dekat dgnKu pada hari kiamat adalah org yg paling banyk berSELAWAT kepadaKu"


Waallahualam...

Saturday, February 13, 2010

Cantiknya Seorang Muslimah


Salamullahi'aleykum..


sudah lama hati ini tidak berbicara...

moga dgn tinta ini, dpat memberi sedikit ilmu kepada para muslimah dl luar sana...

Insya-Allah...



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu
menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu
memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya
yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau
yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi
umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau
mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan
suara manjanya yang boleh melembut sekaligus
melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup
untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah
berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum
cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan
perempuan.

Kaum Hawa la perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat
Tuhan kerana menjadikan Mereka perempuan dan memberikan
keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga,
dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin
saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.
Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat
keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik ???

#>>>> Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)
sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin
bening dan jernih.

#>>>> Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya
akan semakin manis.

#>>>> Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang
terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

#>>>> Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua
dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

#>>>> Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang
akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang
merbahayakan.

#>>>> Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu'
dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

#>>>> Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# >>>>Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan
bercahaya di akhirat. (ini tidak, ade yg smpai berbedak tebal, macam MOMOK!!)





Thursday, February 4, 2010

GHIBAH???

Assalamu'alaikum W.B.T

Ghibah didefinisikan oleh Rasulullah SAW kita sebagai : membicarakan orang lain tentang hal, yang mana jika orang itu tahu dia tidak akan suka. Ada shahabat R.A yang bertanya : Kalau benar hal itu ada padanya bagaimana ya Rasulullah? Rasul menjawab : Ya itu lah ghibah namanya. Kalau tidak benar, itu adalah dusta.

Demikian kelebihan Rosul kita dalam menerangkan hal yang dalam dengan kata2 yang singkat.

Dalam Al-Qur'an Allah SWT mengharamkan Ghibah. Diumpamakan orang yang suka berghibah seperti orang yang memakan daging bangkai saudaranya. Naudzubillah. Tentu kita merasa jijik.

Kebiasaan meng-ghibah dimulai dari kebiasaan omong-omong kosong (laghwi), diiringi rasa dengki terhadap seseorang, suatu golongan, suatu bangsa, dll.

Jika manusia menyepelekan dosa ghibah, bererti manusia telah menghancurkan harkat kesucian dirinya. Kita berlindung kepada Allah dari bahaya Ghibah.


WALLAHUALAM...