Salamullahia'leykum..
Entry kali ini ana ingin berkongsi ilmu dari ape yg ana dpt semasa menyertai program ISK, bersama Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi di Masjid As-syakirin Kuala Lumpur...
...............................................................................................................
Umat Islam Jadi Rebutan
Pada masa Nabi Muhammad SAW, umat Islam dalam keadaan yang baik, kerana pada waktu itu persatuan dan kesatuan umat Islam masih utuh. Pada waktu itu hubungan antara Nabi sebagai pemimpin dengan sahabat sebagai yang dipimpin menunjukkan keserasian, sejajar dengan tuntutan agama yang dibawa oleh Nabi. Dengan akidah yang kuat dan tujuan yang sama iaitu menegakkan kalimah-kalimah Allah di muka bumi ini, maka kesatuan dan persatuan mereka makin hari makin kuat hingga tercapailah kegemilangan Islam. Namun pada saat itu Nabi Muhammad saw sudah memberi peringatan kepada sahabatnya tentang keadaan umat Islam di akhir zaman. Umat Islam akan dijadikan rebutan oleh orang-orang selain Islam.
Sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud: "Akan datang suatu masa, umat lain akan memperebutkan kamu, ibarat orang-orang yang lapar merebutkan makanan dalam hidangan." Sahabat menanyakan: "Apakah lantaran pada waktu itu jumlah kami hanya sedikit, Ya Rasulullah?" Dijawab oleh baginda: "Bukan, bahkan sesungguhnya jumlah kamu pada waktu itu banyak, tetapi kualiti kamu ibarat buih yang terapung-apung diatas air. Dan dalam jiwamu tertanam kelemahan jiwa." Sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan dengan kelemahan jiwa Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu cinta dunia dan takut mati."
(Riwayat Abu Daud)
Sesungguhnya tepat isyarat Nabi Muhammad saw itu, pada akhir zaman nanti umat Islam akan mengalami perubahan. Kualiti umat akan menurun secara drastik, persatuan dan kesatuannya akan pudar. Umat lain akan datang dan berebut dan memanfaatkan. Ibarat makanan yang menjadi santapan orang-orang yang lapar, dan ibarat buih yang terapung di atas air yang membawanya. Dalam sabda baginda disebutkan, bahawa penyebab utama umat Islam kualitinya menurun adalah "hubbud dunia dan karahiyatul maut" iaitu cinta dunia dan takut mati.
...............................................................................................................................
CINTA DUNIA
Di antara penyakit jiwa yang dapat melumpuhkan kekuatan Islam adalah ‘cinta dunia’.Kerana sudah dihinggapi penyakit cinta dunia, maka semua usaha dan keinginannya dipusatkan untuk mencapai kesenangan dunia semata-mata. Semua usahanya diperhitungkan dengan keuntungan dunia, sekalipun usaha itu merugikan orang lain. Lantaran itu semangat perjuangannya makin hari makin menurun, bahkan rasa untuk membela keagungan Islam sudah tidak ada lagi.
Penyebaran Islam sentiasa diukur dengan material, bila menguntungkan mereka akan berjuang dan bila dirasakan merugikan, mereka akan diam sahaja. Mereka bukan sekadar cinta, malah sebenarnya mereka rakus dengan dunia. Memang dunia ini mengaburkan mata, maka ramailah manusia yang terperangkap di dalamnya. Ramai manusia silau dengan keindahan dunia fana sehingga tidak dapat membezakan yang halal haram dan antara yang baik dan yang berbahaya. Dalam suatu hadis Nabi bersabda: "Sesungguhnya dunia itu manis, yang hijau (baik dipandang), dan sesungguhnya Allah itu menjadikan kamu sebagai khalifah (untuk mengatur) didalamnya. Allah akan melihat apa yang kamu kerjakan, maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita, sesungguhnya fitnah pertama yang melanda bani
(Riwayat Muslim)
Apabila umat Islam sudah mengagungkan dunia, enggan dengan perjuangan Islam dan tidak lagi berani menganjurkan yang baik serta enggan melarang yang mungkar, maka Allah akan mencabut kebesaran Islam dari permukaan bumi ini dan akan mencabut keberkatan wahyu. Sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah saw:
"Apabila umatku mengagungkan dunia, maka dicabutlah kehebatan Islam darinya. Dan apabila meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka terdindinglah kebenaran wahyu."
(Riwayat Termizi)
...........................................................................................................
TAKUT MATI
Mengapa takut pada mati? Padahal semua yang hidup pasti akan merasakan mati. Takut mati termasuk salah satu di antara penyakit umat Islam dalam perjuangannya. Sebab takut mati, dalam perjuangan diliputi rasa kekhuatiran akan terkena risiko, khuatir terkena luka dan sebagainya. Mereka akan berjuang jika tiada risiko yang menimpa, asalkan dirinya selamat. Untuk menyelamatkan diri, dalam perjuangan Islam, mereka boleh membolak-balikkan kenyataan. Yang hak dikatakan batil, yang batil dikatakan hak. Yang halal dikatakan haram, yang haram dikatakan halal. Kerana takut mati dan takut menanggung risiko, sebelum berjuang sudah diselubungi rasa was-was. Mereka ini telah kalah sebelum bertanding.
Akibatnya, perjuangan Islam akan lumpuh dan umat Islam akan mudah diperdaya oleh orang lain.
"Ditimpakan atas mereka kehinaan, di mana saja mereka berada, melainkan (mereka) yang menjalin hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia"
(Surah Ali-Imran:112)
Dalam menjalin hubungan yang baik dengan Allah, Nabi Muhammad saw telah memberikan petunjuk dan bimbingan iaitu dengan memusatkan beribadah kepadaNya, "Bahawa kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu itu melihatnya. Dan jika kamu tidak melihatNya maka Allah melihat kamu."
(Riwayat Muslim)
Dan untuk menjalin hubungan dengan seseorang manusia, maka buatlah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan manusia yang lain. Sebagaimana petunjuk dari Nabi Muhammad saw.
"Sebaik-baik manusia itu ialah orang yang paling bermanfaat untuk manusia.”
Dari Abdullah bin Amir R.A, Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sampaiknlah PesanKu Biarpun Satu ayat.. "
Wallahu'alam...