Pages

Friday, December 24, 2010

S angka B uruk .



jgan marah orang lain sangka buruk
ngan kita,

klu kite sendiri yg menjemput
sangka buruk itu dtg. =)

Wednesday, December 1, 2010

manisnya.mendapat.petunjukMu.

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

korg penah dgr lagu Maher zain tak ??
mesti da naik boring kan . haha .

kat sini aku nk kongsi ngn korag satu video ni...
video Maher zain la...

tak tahu la kenape . mula2 dgr cam biase je .
tpi bile tgk video tu..aku tertarik sampai satu 'part' tu...

dalam part tu... ade sorg mat saleh... cter pasal die msuk islam...
fuhh...mmg buat aku kagum...

Subhanallah...bile tgk tenang je perasaan...
sampai tak boleh nak tulis kat sini...

korang tgk la sendiri... name orang ni RUBBEN (ABU BAKR)












video ni aku 'embed' dri Facebook Pertubuhan IKRAM Malaysia...

Firman allah dlm surah al-A'raf ayat 178, maksudnya :
" Barangsiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka ialah yg mendapat petunjuk & sesiapa yg disesatkan oleh Allah maka mereka itulah orang2 yg rugi".


Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan yg sentiasa mendapat petunjukMu.
Ameen..

“Dia menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk istirehat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.” (al-An’am: 96 – 97)
bwah ni pulak video asal...hanyati ia!..





Firman Allah :

"(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim." (Al-Ankabut 29:49)

wallahualam...

sekian!^^

p/s : bersamalah2 kita mengambil pengajaran. ramai org bukn islam msuk islam . dan ramai juge org islam ......(anda thu jawapannya)...ingat "Nak jadi baik mmg sng, nak maintan kebaikan mmg susah"

Allah...
you created everything...
We belong to You...
ya Robb we raise our hands...
forever we thank you..
Alhamdulillah...

Sunday, September 5, 2010

manusia.Pencipta

...Jangan difikir derita akan berpanjangan

kelak akan membawa putus asa pada tuhan

ingatlah biasanya kabus tak berpanjagan

setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...


begitulah kehidupan kita seharian
ada susah ade senang

adakalanya pabila kita senang
adakah kita akan ingat Pencipta kita??

dan apabila kita susah
pasti kita akan mencari-cari pertolonganNya

kadangkala jika ditimpa musibah
kita merasakan diri kita sahaja
yang bernasib malang...

la tahzan...
semua itu adalah dugaan dan ujian yang mungkin
akan memberikan kebaikan kepada kita..

Ingatlah!
bahawa ALLAH tidak akan membebani ni
hambanya diluar kekuatan seseorang itu.

...salam ramadhan...
bersama2 membuat amal di
sepuluh malam terakhir...


Monday, August 23, 2010

mencari.jawapan

entah kenapa tetiba aku nk share something . 

semalam lepas abis kelas aku terus la balik kolej

pastu ade terbaca artikel yg bertajuk

"Enam soalan imam Al-Ghazali kepada Muridnya"

mcm menarik je bunyinye.. jadi aku pun baca smpai syok sendiri (SS) .

soalanya berbunyi camnie...:

yang pertama

apa yg pling dekat dgn dri kita kat dunia ni ?

yg kedua

apa yg pling jauh dari diri kita di dunia ni ?

yg ketiga

apa yg paling besar di dunia ni ?

yg keempat

ape yg pling berat di dunia ni ?

yg kelima

apa yg pling ringan di dunia ini ?

dan soalan yg terakhir imam Al-Ghazali

apa yg pling tajam kat dunia ?

jwpn yg diberi oleh anak muridnya semua betul..
cuma xtepat ..

p/s : kepada sesape yg baca @ terbaca cuba korg jwb soalan ni . 
walaupun soalan ni nmpk mcm mudah je kan ?

pada mulanya aku pun try jawab . tpi ade gak la yg kena . 
zasss~


Sunday, August 22, 2010

.....

Tiddak ade yg lebih berharga selain drpd redhaNya
Tidak ade lebih Bahagia selain drpd CintaNya
Tidak ade yg lebih bermakna dalam kehidupan di dunia ini
selain Hidayah jua pimpinanNya
Saidina Umar Al-Khatab :
"tidak akn kamu berase gundah walau sekali,
jika kamu tahu ape yang dicari"

Sunday, June 6, 2010

Aku Pun Malas!

kenapa aku malas blogging?
kerana lebih baik aku berjogging
bukak blog sape nk watching
keinsafan? cam aku je yg touching

kenapa aku malas blogging?
kerana post aku pening pening
pengisian macam xde lining
buat susah aku je typing

kenapa aku malas blogging?
kerana tiada sebarang meaning
ushalah blog mereka yg striving
dhlah aku nk off lining ~

ada masa n timing
aku akan teruskan blogging
dlm berblog aku studying
dlm berblog aku monologing
dan ilmu2 aku digging

nantikan ~ du'at cyber 92
ilalliqa'

syukran,
Uwais Al-Qarni
JORDAN'10-14
"Bersihkan Hati Sebelum Tunjuk Teladan Yang Baik"

Friday, April 2, 2010

April Bodoh!?

Utk renungan dan pengajaran semua..
 
 
Assalamualaikum..
 
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan
bersama.
 
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan
budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.
 
Kepala  mereka  penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.

Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar
merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat
muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
 
Bagaimanapun,  tanpa  mereka  sedari,  kadang  kala lawak-lawak biasa atau

'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan
penyesalan berpanjangan.
 
Sewaktu   zaman   persekolahan   dahulu,  penulis pernah  terbaca  tentang suatu  

terjadi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama,
telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat
untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung
apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'.
Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak
yang dilafazkan telah pun jatuh!!!
 
Berbalik  kepada  perayaan  April  Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia
mula  dirayakan  sewaktu  kejatuhan  kerajaan  Islam di  Sepanyol. Setelah
bertapak  berkurun-kurun  lamanya  si  Granada, Sepanyol,  kerajaan  Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di  Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk
menyelamatkan  diri. 


Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha
untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar
dari  Sepanyol  dengan  selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan  menggunakan  kapal-kapal  yang  berlabuh di perlabuhan. Orang-orang
Muslim yang risau sekiranya  tawaran  tersebut merupakan   suatu penipuan,
telah  pergi ke perlabuhan  untuk  melihat kapal-kapal  yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati,  mereka  membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka  mengambil  semua  barangan yang  telah disiapkan
lalu  menuju ke perlabuhan.
 
Pada  masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan
kemudian  membakar  rumah  penduduk-  penduduk Islam ini. Mereka juga tidak

sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta
anak-anak kecil.
 
Peristiwa berdarah  yang  menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol

tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil
mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka
sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam
mereka sendiri.
 
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
 
Petikan  drpd  Risalah  Fikrah  -  Peliharalah Allah,  nescaya  Allah akan
memelihara kamu ......rawahu ttirmizi


Illal Liqaq



p/s : lain pula citernye di SMKAKS...=S

Monday, March 8, 2010

Hidangan yang Menjadi Rebutan!

Salamullahia'leykum..

Entry kali ini ana ingin berkongsi ilmu dari ape yg ana dpt semasa menyertai program ISK, bersama Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi di Masjid As-syakirin Kuala Lumpur...

...............................................................................................................

Umat Islam Jadi Rebutan

Pada masa Nabi Muhammad SAW, umat Islam dalam keadaan yang baik, kerana pada waktu itu persatuan dan kesatuan umat Islam masih utuh. Pada waktu itu hubungan antara Nabi sebagai pemimpin dengan sahabat sebagai yang dipimpin menunjukkan keserasian, sejajar dengan tuntutan agama yang dibawa oleh Nabi. Dengan akidah yang kuat dan tujuan yang sama iaitu menegakkan kalimah-kalimah Allah di muka bumi ini, maka kesatuan dan persatuan mereka makin hari makin kuat hingga tercapailah kegemilangan Islam. Namun pada saat itu Nabi Muhammad saw sudah memberi peringatan kepada sahabatnya tentang keadaan umat Islam di akhir zaman. Umat Islam akan dijadikan rebutan oleh orang-orang selain Islam.

Sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud: "Akan datang suatu masa, umat lain akan memperebutkan kamu, ibarat orang-orang yang lapar merebutkan makanan dalam hidangan." Sahabat menanyakan: "Apakah lantaran pada waktu itu jumlah kami hanya sedikit, Ya Rasulullah?" Dijawab oleh baginda: "Bukan, bahkan sesungguhnya jumlah kamu pada waktu itu banyak, tetapi kualiti kamu ibarat buih yang terapung-apung diatas air. Dan dalam jiwamu tertanam kelemahan jiwa." Sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan dengan kelemahan jiwa Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu cinta dunia dan takut mati."
(Riwayat Abu Daud)

Sesungguhnya tepat isyarat Nabi Muhammad saw itu, pada akhir zaman nanti umat Islam akan mengalami perubahan. Kualiti umat akan menurun secara drastik, persatuan dan kesatuannya akan pudar. Umat lain akan datang dan berebut dan memanfaatkan. Ibarat makanan yang menjadi santapan orang-orang yang lapar, dan ibarat buih yang terapung di atas air yang membawanya. Dalam sabda baginda disebutkan, bahawa penyebab utama umat Islam kualitinya menurun adalah "hubbud dunia dan karahiyatul maut" iaitu cinta dunia dan takut mati.

...............................................................................................................................

CINTA DUNIA

Di antara penyakit jiwa yang dapat melumpuhkan kekuatan Islam adalah ‘cinta dunia’.Kerana sudah dihinggapi penyakit cinta dunia, maka semua usaha dan keinginannya dipusatkan untuk mencapai kesenangan dunia semata-mata. Semua usahanya diperhitungkan dengan keuntungan dunia, sekalipun usaha itu merugikan orang lain. Lantaran itu semangat perjuangannya makin hari makin menurun, bahkan rasa untuk membela keagungan Islam sudah tidak ada lagi.

Penyebaran Islam sentiasa diukur dengan material, bila menguntungkan mereka akan berjuang dan bila dirasakan merugikan, mereka akan diam sahaja. Mereka bukan sekadar cinta, malah sebenarnya mereka rakus dengan dunia. Memang dunia ini mengaburkan mata, maka ramailah manusia yang terperangkap di dalamnya. Ramai manusia silau dengan keindahan dunia fana sehingga tidak dapat membezakan yang halal haram dan antara yang baik dan yang berbahaya. Dalam suatu hadis Nabi bersabda: "Sesungguhnya dunia itu manis, yang hijau (baik dipandang), dan sesungguhnya Allah itu menjadikan kamu sebagai khalifah (untuk mengatur) didalamnya. Allah akan melihat apa yang kamu kerjakan, maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita, sesungguhnya fitnah pertama yang melanda bani Israel adalah wanita."
(Riwayat Muslim)

Apabila umat Islam sudah mengagungkan dunia, enggan dengan perjuangan Islam dan tidak lagi berani menganjurkan yang baik serta enggan melarang yang mungkar, maka Allah akan mencabut kebesaran Islam dari permukaan bumi ini dan akan mencabut keberkatan wahyu. Sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah saw:

"Apabila umatku mengagungkan dunia, maka dicabutlah kehebatan Islam darinya. Dan apabila meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka terdindinglah kebenaran wahyu."
(Riwayat Termizi)

...........................................................................................................

TAKUT MATI

Mengapa takut pada mati? Padahal semua yang hidup pasti akan merasakan mati. Takut mati termasuk salah satu di antara penyakit umat Islam dalam perjuangannya. Sebab takut mati, dalam perjuangan diliputi rasa kekhuatiran akan terkena risiko, khuatir terkena luka dan sebagainya. Mereka akan berjuang jika tiada risiko yang menimpa, asalkan dirinya selamat. Untuk menyelamatkan diri, dalam perjuangan Islam, mereka boleh membolak-balikkan kenyataan. Yang hak dikatakan batil, yang batil dikatakan hak. Yang halal dikatakan haram, yang haram dikatakan halal. Kerana takut mati dan takut menanggung risiko, sebelum berjuang sudah diselubungi rasa was-was. Mereka ini telah kalah sebelum bertanding.

Akibatnya, perjuangan Islam akan lumpuh dan umat Islam akan mudah diperdaya oleh orang lain. Untuk mengembalikan citra Islam dan umat Islam tegak di muka bumi ini, Islam wajib berada di atas segala-galanya. Bila Islam tidak boleh dikalahkan orang lain, maka penyakit ’cinta dunia dan takut mati’ akan segera diubati. Siapa yang akan mahu mengubati penyakit itu kalau tidak dari umat Islam sendiri. Orang lain akan tertawa melihat umat Islam dirundung kelemahan, ditimpa kehinaan dan diporak-perandakan persatuannya. Untuk mengubati penyakit ‘cinta dunia dan takut mati’ agar umat Islam tidak ditimpa kehinaan, maka kembalilah kepada konsep Islam itu sendiri. Jalinlah hubungan yang baik sesama manusia sebagaimana firman Allah,

"Ditimpakan atas mereka kehinaan, di mana saja mereka berada, melainkan (mereka) yang menjalin hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia"

(Surah Ali-Imran:112)

Dalam menjalin hubungan yang baik dengan Allah, Nabi Muhammad saw telah memberikan petunjuk dan bimbingan iaitu dengan memusatkan beribadah kepadaNya, "Bahawa kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu itu melihatnya. Dan jika kamu tidak melihatNya maka Allah melihat kamu."
(Riwayat Muslim)

Dan untuk menjalin hubungan dengan seseorang manusia, maka buatlah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan manusia yang lain. Sebagaimana petunjuk dari Nabi Muhammad saw.

"Sebaik-baik manusia itu ialah orang yang paling bermanfaat untuk manusia.”

Dari Abdullah bin Amir R.A, Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sampaiknlah PesanKu Biarpun Satu ayat.. "

Wallahu'alam...





Wednesday, March 3, 2010

Manusia Kalkatu??

Bismillahirahmanirahim...
salam...
pada entry kali ni ana ingin berkongsi dgn ANTAorang semua pasal perkara yg berlaku di sekliling kita...
sejak akhir2 ini, ana sering melihat telatah manusia yg...(nnti ANTAorg semua phm ler)


Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.

Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.


وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Maksud : Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(Al-Baqarah - 195)

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُواْ عَنْهَا لاَ تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاء وَلاَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ
Maksud : Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.
(Al-A'raf - 40)


wallahualam...


Thursday, February 25, 2010

Rasulullah SAW Di Rumah Kita

"salam'aleykum..."

sempena Maulidur Rasul ana ingin berkongsi sedikit TAZKIRAH untuk di kongsi BERsama...


Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita.Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih bercahaya dimuka pintu rumah kita.Apa yang akan kita lakukan?Mestinya kita akan sangat berbahagia,memeluk baginda erat-erat dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita.Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat2 agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.Baginda tentu tersenyum.....


Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.Baginda tentu tetap tersenyum.....


Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya di ruang tamu.Baginda tentu tersenyum lagi.....


Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita?Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikit pun sejarah& nama2 keluarga Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai dlm mengajari anak-anak kita.Beliau tentu tersenyum.....


Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya,tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers,Penyu Ninja ataupun nama ahli2 band muzik t`kenal indonesia.Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat.Barangkali kita teringat bahawa perempuan2 dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.Baginda tentu tersenyum.....


Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak- anak kita..Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak- anak kita..Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak- anak kita..Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.Beliau tentu tersenyum.....


Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib,keluarga kita sudah sibuk di depan TV.Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat aptah lg berjemaah.Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran.Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.Beliau tentu tersenyum.....


Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari melewati di depan rumah kita.Dan kita pun t`kulat2 tanpa jwpan…Inikah KITA?umat yg amat disayangi Nabi s.a.w..?tapi..apa yg telah kita lakukan?FIKIR2KANLAH..RENUNG2KANLAH..


SALAM MAULIDUR RASUL


"Sesungguhnya org yg palig dekat dgnKu pada hari kiamat adalah org yg paling banyk berSELAWAT kepadaKu"


Waallahualam...

Saturday, February 13, 2010

Cantiknya Seorang Muslimah


Salamullahi'aleykum..


sudah lama hati ini tidak berbicara...

moga dgn tinta ini, dpat memberi sedikit ilmu kepada para muslimah dl luar sana...

Insya-Allah...



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu
menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu
memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya
yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau
yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi
umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau
mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan
suara manjanya yang boleh melembut sekaligus
melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup
untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah
berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum
cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan
perempuan.

Kaum Hawa la perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat
Tuhan kerana menjadikan Mereka perempuan dan memberikan
keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga,
dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin
saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.
Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat
keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik ???

#>>>> Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)
sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin
bening dan jernih.

#>>>> Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya
akan semakin manis.

#>>>> Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang
terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

#>>>> Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua
dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

#>>>> Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang
akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang
merbahayakan.

#>>>> Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu'
dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

#>>>> Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# >>>>Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan
bercahaya di akhirat. (ini tidak, ade yg smpai berbedak tebal, macam MOMOK!!)





Thursday, February 4, 2010

GHIBAH???

Assalamu'alaikum W.B.T

Ghibah didefinisikan oleh Rasulullah SAW kita sebagai : membicarakan orang lain tentang hal, yang mana jika orang itu tahu dia tidak akan suka. Ada shahabat R.A yang bertanya : Kalau benar hal itu ada padanya bagaimana ya Rasulullah? Rasul menjawab : Ya itu lah ghibah namanya. Kalau tidak benar, itu adalah dusta.

Demikian kelebihan Rosul kita dalam menerangkan hal yang dalam dengan kata2 yang singkat.

Dalam Al-Qur'an Allah SWT mengharamkan Ghibah. Diumpamakan orang yang suka berghibah seperti orang yang memakan daging bangkai saudaranya. Naudzubillah. Tentu kita merasa jijik.

Kebiasaan meng-ghibah dimulai dari kebiasaan omong-omong kosong (laghwi), diiringi rasa dengki terhadap seseorang, suatu golongan, suatu bangsa, dll.

Jika manusia menyepelekan dosa ghibah, bererti manusia telah menghancurkan harkat kesucian dirinya. Kita berlindung kepada Allah dari bahaya Ghibah.


WALLAHUALAM...

Thursday, January 28, 2010

KekalkaN RasA HambA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Orang yang tidak merasa bersalah dengan dosa, celaka,
Orang yang merasa aman dengan kebaikan,binasa,
Orang yang berbangga dengan dosa sejahat-jahat manusia,
Orang yang berbangga dengan ketaatan di anggap derhaka,

Ada orang selamat dengan dosa bila menderita kerananya selalu meminta ampun kepada Tuhannya,
Ada orang binasa dengan amal soleh, yang tiada lagi merasa berdosa,
Ada orang yang selamat dengan amal soleh tapi merasa dia orang yang jahat yang tiada berguna.
Setiap amal ibadah yang dibuat tidak merasa lagi kehambaan yang hina tidak berguna lagi ibadahnya.

Allah mahu setiap orang merasa hina, rasa berdosa selalu, sekalipun tidak melakukannya,betapa rajinnya membuat ibadahNya,
Tuhan mahu setiap orang melakukan amal ibadahnya. Justeru amal ibadah belum tentu diterima,
Lebih-lebih lagi amal ibadah itu Tuhan punya, ciptaanNya, anugerahNya kepada hambaNya,

Yang selalu diingat adalah segala dosa,
Setiap dosa sekalipun kecil maka Allah Murka,
Jika tidak diampunkannya, nerakalah padahnya, merendah dirilah kepadaNya, sematkan rasa takut di dalam jiwa.
Ia adalah sifat hamba
Rasa itu kekalkan selalu kerana
Ia akan mesyafaatkan kita....


WALLAHUALAM...

Friday, January 22, 2010

SebuaH KemiskinaN

Salam'aleykum...

Seseorang yang tak bernama menulis sebuah riwayat, “Pada suatu hari seorang bapa yang kaya telah membawa anaknya ke sebuah desa untuk melihat kemiskinan penduduk di situ.


Mereka menghabiskan masa beberapa hari di situ bersama sebuah keluarga miskin.

Sekembali dari desa itu, si ayah telah bertanya kepada anaknya, “Bagaimana dengan pengalaman kamu selama kita di sini?. “Sungguh hebat,” jawab si anak.

“Tidakkan kamu melihat bagaimana manusia hidup dalam kemiskinan,” kata ayah.

Si anak lalu menjawab, “Ya, kita mempunyai seekor anjing untuk menjaga rumah, tetapi mereka mempunyai lima ekor anjing! Kita hanya ada sebuah kolam di sudut halaman, tetapi mereka ada sungai yang mengalir saban hari.”

“Kita memiliki lampu yang diimport di tengah ruang tamu, tetapi mereka memiliki jutaan bintang di langit. Kita mempunyai sebidang tanah untuk tinggal tetapi tanah mereka sejauh mata memandang.”

“Kita memiliki orang gaji yang berkhidmat untuk kita, tetapi mereka memberi khidmat kepada manusia lain. Kita membeli makanan tetapi mereka menghasilkan. Kita membina pagar untuk melindungi kita tetapi mereka mempunyai jiran tetangga yang menjaga.”

Si ayah terdiam tidak lagi mampu bersuara. Lalu anaknya berkata, “Terima kasih ayah kerana mengajar saya betapa miskinnya kita!”

Sang pencerita menyambung lagi, bahawa perspektif adalah sesuatu aneh. Justeru berterima kasih dengan apa yang kita miliki lebih baik daripada bimbangkan sesuatu yang tidak kita punyai.”

Hargailah setiap apa yang ada di sekeliling kita.


Tuesday, January 12, 2010

.::Bertanya si adik kecil::.


Bismillahirahmanirahim..



Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum
penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam
kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga
ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad
dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg
solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau
cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2
mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan
cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu
sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini,
tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg
mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term
solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang
mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,
wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'.
Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg
berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya.
Persepsi yg salah pd dua perkataan ini
menjadikan mereka takut untuk berubah kepada
stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi
masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa
tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim
kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan
hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui
apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa
ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...
Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2
merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan
penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x
berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia
berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu
dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah
di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku
belum dipetik. Lantas ia merendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH
jadikan begitu tinggi martabatnya.
Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok
sifatnya...
sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya.
Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di
dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak
semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih
bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan
hamba yg disayanginya utk memetik di taman
akhirat kelak."


Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan
sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg
kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti
kan dia sambung perbualannya dengan penghuni
syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih
jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2
adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya
bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi
bidadari syurga?


Wallahu'alam.

Sunday, January 3, 2010

Ku Damba CintaMU



Aku cuba mencintaiMu... Tapi tak terasa juga...
Aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa..... Aku fikir fikir segala nikmatMu..... Aku kenang-kenang rahmatMu........
Aku nampak kemurahanMu........ Atas nama Tuhan aku akur..
Namun aku belum jatuh hati juga padaMu...................
Aku susah hati, aku selalu sedih........... Mengapa terjadi begitu.............. Mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi............ Sedang aku tahu.......... Aku akui nikmatmu terlalu banyak padaku.....................
Jika hendak dihitung, tak mungkin terhitung................. Walau melalui komputer............. Aku iri hati selalu........... Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu........... Hebatnya cinta mereka kepadaMu...................
Hilang selera makan keranaMu........................ Asyik memuja dan memujiMu.............. Mensuci dan membesarkanMu...........
Terutama di waktu malam yang sepi.................. Di waktu orang mimpi............. Mereka merintih kepadaMu.................... Mengharap kasih sayang padamu................... Air mata mereka membasahi pipi.......................
Merasa engkau adalah segala-galanya.................. Engkau adalah jantung hati mereka................. tapi aku tidak begitu..................aduh!
Kerasnya hatiku............................................ Hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku............................. Baru aku sedar taufik, hidayah dan inayahnyaMu..................... Bahagia dan bertuahlah mereka yang mendapat cintaMU.................................
Ya ALLAH………………

.::LIMA PERKARA ANEH::.


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pert

ama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rum

ahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."


Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu deng

an hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pu

n mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.


Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditingga

lkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.


Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan kead

aan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."


Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."


Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun aka

n menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."


Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah

kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat

pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."


Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.